MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA PEMBAIKAN KERETAKAN DINDING TANDAS GURU (L) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR Majlis serahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Sarihan Johor,Ketua Penolong Pengarah (Senggara Am) dan Yg Berusaha Puan Jamilah Iberahim, Guru Besar SK Bukit Jalil, K.Lumpur Projek pembaikan ini telah dimulakan pada 11 Julai 2016 dan telah disiapkan pada 22 Ogos 2016 dengan tempoh kerja 6 minggu. Tempoh tanggungan kecacatan (DLP) adalah bermula dari 22 Ogos 2016 sehingga 21 Februari 2017 (6 bulan). Syarikat Abjunas Enterprise adalah kontraktor yang telah dilantik dengan kos kontrak sejumlah RM 41,500.00 Skop kerja adalah melibatkan adalah i. Pembaikan keretakan di Tandas Guru (L) ii. Pembaikan keretakan di Ruangan Linus dan Bilik Kaunseling i. Pemasangan semula pendawaian dan kelengkapan elektrik yang terlibat. Sebagai sebuah agensi pelaksana, pihak JKR berharap agar pihak Jabatan Pendidikan (WPKL) dapat meneruskan kepercayaan dan memberikan mandat kepada pihak JKR dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di masa akan datang.
Friday 7 October 2016
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA PEMBAIKAN KERETAKAN DINDING TANDAS GURU (L) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
Subscribe to:
Posts (Atom)