Wednesday 16 July 2014

Majlis Iftar 2014 SK Bukit Jalil

Tarikh : 14 Julai 2014
Tempat : SK Bukit Jalil

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis Iftar 2014 SK Bukit Jalil.







BENGKEL MENGENALI POTENSI ANAK MELALUI KAEDAH NUMEROLOGY

Tarikh :26 June 2014
Tempat : Perpustakaan SK Bukit Jalil
Masa : 10 pagi - 1 tengahari

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SK Bukit Jalil telah berjaya menganjurkan program pertama KSIB SKBJ 2014. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Seramai 21 orang peserta dari kalangan ibu bapa yang telah menghadiri bengkel ini.

Neumerologi adalah kaedah sains yang menganalisa nombor tarikh lahir kita. Ahli neumerologi berpendapat bahawa setiap nombor mempunyai getaran tenaga, karektor, maksud dan pengaruh. Manusia dilahirkan pada tahun, bulan dan hari yang tertentu pada medan getaran bumi. Ahli neumerologi percaya bahawa keadaan dan getaran dari tenaga bumi akan mempengaruhi ‘actions and reactions’ seseorang.

Melalui kaedah ini, kita akan dapat membaca getaran anak sekaligus dapat mengenalpasti teknik mengajar dan mendidik yang efisyen dan efektif. Ianya juga akan dapat menunjukkan kecendorongan arah minat anak.

OBJEKTIF
Program ini dirangka untuk mencapai objektif tersebut:
i.               Meningkatkan dana PIBG SKBJ
ii.              Memahami konsep neumerologi
iii.            Bagaimana mengiri nombor melalui tarikh lahir
iv.             Mempelajari karakter setiap nombor
v.              Cara cara aplikasi teknik neumerologi dalam mendidik anak

PENCERAMAH : Puan Roslina Jantan@Hussain
Beliau merupakan penceramah dan ahli motivasi yang memberi fokus kepada teknik neumerology dan teknik tenaga. Pernah bertugas di UniKL selama 10 tahun, 4 tahun sebagai pensyarah dan 6 tahun sebagai pegawai psikologi dan penolong pengurus jabatan hal ehwal pelajar sebelum memulakan syarikat eSource Training and Consultancy, sebuah syarikat perunding pembangunan potensi insan. Beliau mempunyai Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) dan Sarjana dalam Psikologi (Perkembangan Manusia).