Tempat : Perpustakaan SK Bukit Jalil
Masa : 10 pagi - 1 tengahari
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SK Bukit Jalil telah berjaya menganjurkan program pertama KSIB SKBJ 2014. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Seramai 21 orang peserta dari kalangan ibu bapa yang telah menghadiri bengkel ini.
Neumerologi adalah kaedah
sains yang menganalisa nombor tarikh lahir kita. Ahli neumerologi berpendapat
bahawa setiap nombor mempunyai getaran tenaga, karektor, maksud dan pengaruh.
Manusia dilahirkan pada tahun, bulan dan hari yang tertentu pada medan getaran
bumi. Ahli neumerologi percaya bahawa keadaan dan getaran dari tenaga bumi akan
mempengaruhi ‘actions and reactions’ seseorang.
Melalui kaedah ini, kita akan
dapat membaca getaran anak sekaligus dapat mengenalpasti teknik mengajar dan
mendidik yang efisyen dan efektif. Ianya juga akan dapat menunjukkan
kecendorongan arah minat anak.
OBJEKTIF
Program ini dirangka untuk
mencapai objektif tersebut:
i.
Meningkatkan dana
PIBG SKBJ
ii.
Memahami konsep
neumerologi
iii.
Bagaimana
mengiri nombor melalui tarikh lahir
iv.
Mempelajari
karakter setiap nombor
v.
Cara cara
aplikasi teknik neumerologi dalam mendidik anak
Beliau merupakan penceramah
dan ahli motivasi yang memberi fokus kepada teknik neumerology dan teknik tenaga.
Pernah bertugas di UniKL selama 10 tahun, 4 tahun sebagai pensyarah dan 6 tahun
sebagai pegawai psikologi dan penolong pengurus jabatan hal ehwal pelajar
sebelum memulakan syarikat eSource Training and
Consultancy, sebuah syarikat perunding pembangunan potensi insan. Beliau mempunyai Sarjana Muda
Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) dan Sarjana dalam Psikologi
(Perkembangan Manusia).