Tarikh : 25 November 2015
Friday 5 December 2014
Keputusan UPSR 2014
Tarikh : 26 November 2014
Tempat : SK Bukit Jalil
Tahniah kepada semua pelajar tahun 6 SKBJ yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Terima kasih kepada semua warga sekolah.
Tempat : SK Bukit Jalil
Tahniah kepada semua pelajar tahun 6 SKBJ yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Terima kasih kepada semua warga sekolah.
Thursday 4 December 2014
Biografi : Cikgu Syikin
Namanya Norasyikin binti marmin biasa dipanggil dengan sebutan Cikgu Syikin, tapi ada juga yang suka memanggil dengan sebutan Ekin di kalingan rakan sejawat. Merupakan anak tunggal perempuan dikalangan ahli keluarga. Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1980.merupakan anak ke lima daripada enam beradik.
Mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah di Johor. Kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah menengah sekitar Seremban, Negeri Sembilan. Setelah mendapat keputussan yang cemerlang, seterusnya beliau mengorak langkah ke menara gading di Universiti Pertanian Malaysia. Selesai pengajiannya, beliau menggenggam segulung ijazah dalam bidang Sains. Sementara menanti peluang pekerjaan, beliau mengutip pengalaman sebagai seorang tutor sambilan dan pensyarah A Level di sebuah institute pengajian swasta. Seterusnya beliau menyahut cabaran meneruskan cintanya terhadap dunia pendidikan dengan memohon untuk menjadi seorang guru lepasan ijazah di Maktab Teknik, Kuala Lumpur dengan memasuki opsyen Sains Sekolah Rendah.

Setelah memiliki kelulusan ikhtisas dan ditauliahkan sebaga seorang guru, maka perkhidmatannya dalam dunia pendidikan bermula pada Januari 2010. Beliau ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur hingga November 2014. Memulakan lungkah mengutip pengalaman dengan mengajar mata pelajaran Sains dan English. Beliau sangat disukai murid-murid yang dan mudah didekati rakan setugas dengan karekternya yang ceria dan peramah.
Beliau memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan dikurniakan dua orang putera yang comel. Perpindahan beliau ke tempat baru tidak dirancang tetapi demi sebuah keluarga tercinta beliau menuruti jejak suaminya yang ditugaskan di Miri, Sarawak. Semoga perpindahan dan perpisahan ini memberi ruang untuk beliau membina dan menabur bakti kepada anak bangsa juga keluarga.
Terima kasih untuk tempoh lima tahun menabur bakti kepada anak-anak sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Semoga Norasyikin Marmin terus berjaya dan cemerlang di tempat baharu dengan suasana yang baharu.
* Biografi ini ditulis oleh Puan Siti Fatimah
Biografi : Cikgu Farrahiyah
Menjejaki Cikgu Sharifah Nur Farrahiyah Bt Syed Hood yang merupakan guru bahasa Inggeris SK Bukit Jalil tidaklah sesukar mana. Beliau seorang guru yang bersifat keibuan terhadap anak muridnya. Walaupun bersikap tegas namun beliau cukup menyanyangi murid-muridnya. Dalam pengajarannya setiap hari, cikgu Farrahiyah merupakan seorang guru yang kreatif dalam pengajarannya supaya murid-muridnya sentiasa berminat dalam pelajaran. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru pada tahun 2006 dan ditempatkan di SK Bukit Jalil. Sebelum itu beliau merupakan seorang wartawan di syarikat New Straits Times selama tiga tahun. Oleh kerana minat belia yang mendalam dalam bidang pendidikan cikgu Farrahiyah meneruskan pengajian beliau dalam bidang diploma pendidikan di Maktab Perguruan Islam dalam bidang pengkhususan TeSL. Bermula saat itu, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar.
Kecemelangan beliau dalam bidang akademik dan ko kurikulum
memang tidak dapat dinafikan. Sepanjang perkidmatan beliau di SK Bukit Jalil,
beliau menjadi guru bahasa Inggeris tahun 5 dan 6 yang mana banyak membantu
pihak sekolah dalam merancang dan meningkatkan prestasi subjek bahasa Inggeris
dalam peperiksaan dalaman mahupun UPSR. Beliau turut membantu pihak sekolah
bersama guru-guru yang lain dalam setiap program kecemerlangan UPSR yang
diadakan oleh pihak sekolah. Selain itu beliau turut berperanan sebagai pemeriksa
kertas UPSR subjek bahasa Inggeris sejak tahun 2011 sehingga kini. Beliau juga
pernah menjadi guru pembimbing ‘English Story Telling’ pasukan SK Bukit Jalil
pada tahun 2013. Dalam bidang ko-kurikulum pula, cikgu Farrahiyah pernah
menjadi ketua guru rumah sukan Bendahara pada tahun 2010. Disebabkan sumbangan
cikgu Farrahiyah sebagai guru yang berdedikasi dan sangat komited terhadap
tugasnya, oleh itu pada tahun 2011, cikgu Farrahiyah telah mendapat Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang dikurniakan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Sesunguhnya perpindahan beliau dari SK Bukit Jalil merupakan
satu kehilangan yang besar bagi rakan-rakan seperjuangan dan pihak pentadbir.
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung…
Biografi : Cikgu Hafiz
Cikgu Hafiz dilahirkan pada 23 Mac 1981 di Kuala Lumpur. Beliau membesar di Rembau bersama datuk dan nenek dan bersekolah di Sek Keb Kayu Ara dari tahun 1 hingga 3. Selanjutnya beliau belajar di Sek Keb Undang Rembau hingga ke tahun 6. Mendapat pendidikan menengah rendah SMK Undang Rembau dan kemudian menyambung pelajaran di Victoria Institution ke tingkatan 4 dan 5. Kini beliau berusia 33 tahun, sudah beristeri yang kini sedang berkhidmat sebagai seorang guru di SK Bandar Baru Sri Petaling 2.
Di alam remajanya beliau pernah melakukan beberapa pekerjaan sementara sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas. Di sini beliau telah memilih pengkhususan Bahasa Inggeris-Moral. Di maktab ini beliau mula belajar bagaimana menjadi pendidik yang baik dan berdedikasi. Cikgu Hafiz sangat menghormati semua guru dan pensyarah yang pernah mengajarnya. Setiap kali hari guru beliau tidak pernah lupa memberikan penghargaan kepada mereka. Hubungan baik ini berterusan hingga ke hari ini. Bekas pensyarah telah mengadakan beberapa program di sekolah ini dan menjadikan Cikgu Hafiz sebagai 'liason officer' diantara IPG Ilmu Khas dan SK Bukit Jalil bagi program yang melibatkan Bahasa Inggeris.
Dalam kalangan murid-murid SK Bukit Jalil, Cikgu Hafiz sangat popular dan disayangi walaupun dengan perwatakan beliau yang agak garang semasa menjalankan tugas beliau sebagai guru disiplin SKBJ. Cikgu Hafiz adalah seorang guru yang sentiasa mengambil berat akan kebajikan anak-anak muridnya. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang mengenali dan menyenangi beliau.
Aktiviti pembelajaran dan pengajarannya sangat menarik. Ada sahaja aktiviti menarik yang dirancang untuk anak-anak didiknya,sehingga murid-murid yang diajarnya tidak sabar untuk menanti waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris. Mungkin murid-murid ini mengerti dan dapat merasai keikhlasan dan erti kasih sayang sebenar guru mereka ini.Cikgu Hafiz juga aktif mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar. Hampir setiap tahun beliau mengendalikan lawatan ke pelbagai tempat seperti Sarawak, Genting Highland, Gua Kota Gelangi Pahang, tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan beberapa tempat yang lain lagi. Setiap kali aktiviti lawatan, sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan. Setiap kali sambutan hari guru sekolah pula, Cikgu Hafiz merupakan guru yang paling banyak menerima hadiah sehingga sering menjadi bahan gurauan dalam kalangan guru. Hadiah yang banyak ini menunjukkan betapa beliau sangat disayangi oleh semua murid SKBJ. Inilah cikgu Hafiz. Dalam garang dan tegasnya terselit rasa kasih sayang yang ikhlas buat semua anak didiknya.

Dalam kalangan rakan sejawat, Cikgu Hafiz terkenal sebagai seorang yang sangat ramah, mesra, baik hati, suka bergurau dan mudah bergaul dengan semua orang. Beliau juga sangat ringan tulang dalam membantu rakan-rakan. Sesuai dengan minat membacanya, beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berkongsi pendapat tentang pelbagai isu negara khasnya isu pendidikan masa kini. Cikgu Hafiz juga sangat berbakat dalam bidang pengacaraan. Beliau sering dilantik sebagai pengacara majlis dalam program-program yang dijalankan di sekolah.
Setelah sepuluh tahun berkhidmat di Sekolah Bukit Jalil, kini Cikgu Hafiz akan meninggalkan semua warga SKBJ dengan seribu kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua. Beliau bertukar ke SK Kampung Medan, Telok Panglima Garang Selangor. Didoakan semoga Cikgu Hafiz akan terus cemerlang sebagai seorang insan dan kerjayanya sebagai seorang pendidik dunia dan akhirat. Aamiin......
* Biografi ini ditulis oleh Puan Maizura
Biografi: Cikgu Anny Darwina
PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN
Setelah tamat latihan perguruan
di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, beliau ditugaskan di SK Bukit Jalil dari
tahun 2004 hingga 2014. Memulakan tugas di SK Bukit Jalil sebagai guru kelas
Tahun 5 Cemerlang dan mengajar Bahasa Inggeris merupakan satu tanggungjawab
yang sememangnya mencabar sebagai guru baru ketika itu. Beliau juga diamanahkan
dengan tugas sebagai Setiausaha Kurikulum pada tahun yang sama. Jawatan Setiausaha Kurikulum ini
disandang oleh beliau sehingga tahun 2014.
Setelah 2 tahun mengajar di Tahun
6 pada tahun 2006 beliau dilantik sebagai Penyelaras Tahun 6 sehinggalah tahun
2014. Bersama-sama dengan rakan-rakan gur u yang lain beliau merancang program
Tahun 6 ketika itu sehingga tahun2014.
Pada Tahun 2008 beliau terlibat didalam pengurusan program Tahun 6 dan
membantu kearah pencapaian untuk
Anugerah Lonjakan Saujana Peringkat Kebangsaan.
Sepanjang berkhidmat jawatan guru
kelas dilaksanakan dengan baik
sebagai guru kelas 6 Bijaksana pada tahun 2005 dan 2006. Pada Tahun 2007
Cik Anny pernah menjadi guru kelas
6 Gemilang sebelum menjadi Guru kelas 6 Bestari pada tahun 2008 hingga 2014.
Mengajar Bahasa Inggeris merupakan tugas utama beliau di SK Bukit Jalil. Beliau
pernah mengajar kelas 6 Bestari, 6 Cemerlang, 6 Arif , 6 Gemilang dan 6
Bijaksana sepanjang berkhidmat di SK Bukit Jalil. Minatnya yang mendalam dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
membolehkan beliau menjadi guru penasihat
Persatuan Bahasa Inggeris pada Tahun 2009 hingga 2010. Selain itu beliau
juga merupakan guru penasihat bola baling .
MOTTO HIDUP
Terus Mendidik sehingga akhir
hayat kerana mendidik itu satu keseronokan. Pengalaman itu mendewasakan insan.
ANUGERAH SEPANJANG BERKHIDMAT
Antara anugerah yang pernah
diperolehi oleh Cik Anny Darwina Ismail sepanjang bertugas di SK Bukit Jalil
ialah
Peringkat Wilayah :
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014
Peringkat Sekolah :
- Buku Rekod mengajar terbaik 2008
- Guru Berdedikasi Tinggi 2009
- Kedatangan Terbaik Guru 100% 2008
- Kedatangan Terbaik Guru 100 % 2009
- Terbaik Kualiti Pengajaran & Pembelajaran 2010
- Terbaik kedatangan guru 100 % 2010
- Dokumentasi Terbaik 2010
- Terbaik Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 2010
- Program Terbaik Permata Gemilang Tahun 6 2010
- Anugerah Guru Prihatin 2013
- Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik 2013
- Guru Paling Penyayang 2014
- Tokoh Guru Ihya’ Ramdahan 2014
- Guru Inovatif 2014
PERKHIDMATAN AKAN DATANG
Pada tahun
2015 Cik Anny Darwina Ismail akan memulakan tugas barunya di SK Jalan 3 Bandar
Baru Bangi Selangor.
HARAPAN
DAN IMPIAN
Beliau mengharapkan agar SK Bukit Jalil
kekal cemerlang di masa akan datang. Dan semoga beliau dapat terus menabur
bakti sebagai pendidik demi anak bangsa dan negara.
*Biografi ini ditulis oleh Cik Anny Darwina
*Biografi ini ditulis oleh Cik Anny Darwina
Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan Untuk Guru-Guru Yang Akan Berpindah
Tarikh : 23 November 2014
Tempat : Zest Restaurant, IOI Marriot Putrajaya
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan SKBJ atas segala khidmat dan jasa yang telah dicurahkan kepada murid-murid sepanjang tahun ini.
Empat orang guru yang akan berpindah tahun hadapan: Cikgu Anny, Cikgu Hafiz, Cikgu Farrahiyah dan Cikgu Syikin. Thank you very much and we will miss you guys... Click nama guru untuk membaca biografi.

Gambar kenangan sekitar majlis ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)