Namanya Norasyikin binti marmin biasa dipanggil dengan sebutan Cikgu Syikin, tapi ada juga yang suka memanggil dengan sebutan Ekin di kalingan rakan sejawat. Merupakan anak tunggal perempuan dikalangan ahli keluarga. Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1980.merupakan anak ke lima daripada enam beradik.
Mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah di Johor. Kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah menengah sekitar Seremban, Negeri Sembilan. Setelah mendapat keputussan yang cemerlang, seterusnya beliau mengorak langkah ke menara gading di Universiti Pertanian Malaysia. Selesai pengajiannya, beliau menggenggam segulung ijazah dalam bidang Sains. Sementara menanti peluang pekerjaan, beliau mengutip pengalaman sebagai seorang tutor sambilan dan pensyarah A Level di sebuah institute pengajian swasta. Seterusnya beliau menyahut cabaran meneruskan cintanya terhadap dunia pendidikan dengan memohon untuk menjadi seorang guru lepasan ijazah di Maktab Teknik, Kuala Lumpur dengan memasuki opsyen Sains Sekolah Rendah.

Setelah memiliki kelulusan ikhtisas dan ditauliahkan sebaga seorang guru, maka perkhidmatannya dalam dunia pendidikan bermula pada Januari 2010. Beliau ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur hingga November 2014. Memulakan lungkah mengutip pengalaman dengan mengajar mata pelajaran Sains dan English. Beliau sangat disukai murid-murid yang dan mudah didekati rakan setugas dengan karekternya yang ceria dan peramah.
Beliau memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan dikurniakan dua orang putera yang comel. Perpindahan beliau ke tempat baru tidak dirancang tetapi demi sebuah keluarga tercinta beliau menuruti jejak suaminya yang ditugaskan di Miri, Sarawak. Semoga perpindahan dan perpisahan ini memberi ruang untuk beliau membina dan menabur bakti kepada anak bangsa juga keluarga.
Terima kasih untuk tempoh lima tahun menabur bakti kepada anak-anak sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Semoga Norasyikin Marmin terus berjaya dan cemerlang di tempat baharu dengan suasana yang baharu.
* Biografi ini ditulis oleh Puan Siti Fatimah