Thursday 4 December 2014

Biografi: Cikgu Anny Darwina




Cik Anny Darwina Ismail atau dikenali sebagai Miss Anny oleh murid-murid SK Bukit Jalil dilahirkan pada 21 Mei 1976  di Kajang Selangor. Mendapat pendidikan awal di SK Kajang. Ketika kecil, cita-cita yang bermain didalam fikirannya ialah untuk menjadi seorang pendidik. Idolanya ketika kecil ialah ibunya sendiri yang merupakan seorang guru tadika. Di peringkat menengah beliau mendapat pendidikan di SMKA Maahad Hamidiah Kajang Selangor. Beliau kini menetap di Bandar Baru Bangi Selangor.

Anak kedua dari tiga adik beradik ini meneruskan pendidikan di peringkat pengajian tinggi di Universiti Islam Antaranbangsa (UIA)sehingga mendapat ijazah pada tahun 2000. Seterusnya Cik Anny melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Batu Rakit Kuala Terengganu pada tahun 2003 dalam jurusan TESL  untuk membolehkan beliau menjadi seorang guru Bahasa Inggeris.

PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN
Setelah tamat latihan perguruan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, beliau ditugaskan di SK Bukit Jalil dari tahun 2004 hingga 2014. Memulakan tugas di SK Bukit Jalil sebagai guru kelas Tahun 5 Cemerlang dan mengajar Bahasa Inggeris merupakan satu tanggungjawab yang sememangnya mencabar sebagai guru baru ketika itu. Beliau juga diamanahkan dengan tugas sebagai Setiausaha Kurikulum pada tahun yang sama.  Jawatan Setiausaha Kurikulum ini disandang oleh beliau sehingga tahun 2014.

Setelah 2 tahun mengajar di Tahun 6 pada tahun 2006 beliau dilantik sebagai Penyelaras Tahun 6 sehinggalah tahun 2014. Bersama-sama dengan rakan-rakan gur u yang lain beliau merancang program Tahun 6 ketika itu sehingga tahun2014.  Pada Tahun 2008 beliau terlibat didalam pengurusan program Tahun 6 dan membantu kearah pencapaian  untuk Anugerah Lonjakan Saujana Peringkat Kebangsaan.

Sepanjang berkhidmat jawatan guru kelas dilaksanakan dengan baik  sebagai guru kelas 6 Bijaksana pada tahun 2005 dan 2006. Pada Tahun 2007 Cik Anny pernah  menjadi guru kelas 6 Gemilang sebelum menjadi Guru kelas 6 Bestari pada tahun 2008 hingga 2014. Mengajar Bahasa Inggeris merupakan tugas utama beliau di SK Bukit Jalil. Beliau pernah mengajar kelas 6 Bestari, 6 Cemerlang, 6 Arif , 6 Gemilang dan 6 Bijaksana sepanjang berkhidmat di SK Bukit Jalil. Minatnya yang mendalam dalam  mata pelajaran Bahasa Inggeris membolehkan beliau menjadi guru penasihat  Persatuan Bahasa Inggeris pada Tahun 2009 hingga 2010. Selain itu beliau juga merupakan guru penasihat bola baling .

MOTTO HIDUP
Terus Mendidik sehingga akhir hayat kerana mendidik itu satu keseronokan. Pengalaman itu mendewasakan insan.

ANUGERAH SEPANJANG BERKHIDMAT
Antara anugerah yang pernah diperolehi oleh Cik Anny Darwina Ismail sepanjang bertugas di SK Bukit Jalil ialah

Peringkat Wilayah :
  •  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Peringkat Sekolah :
  •         Buku Rekod mengajar  terbaik 2008
  •        Guru Berdedikasi Tinggi 2009
  •        Kedatangan Terbaik Guru 100% 2008
  •        Kedatangan Terbaik Guru 100 % 2009
  •        Terbaik Kualiti Pengajaran & Pembelajaran 2010
  •        Terbaik kedatangan guru 100 % 2010
  •        Dokumentasi Terbaik 2010
  •        Terbaik Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 2010
  •        Program Terbaik Permata Gemilang Tahun 6 2010
  •        Anugerah Guru Prihatin 2013
  •        Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik 2013
  •        Guru Paling Penyayang 2014
  •        Tokoh Guru Ihya’ Ramdahan 2014
  •        Guru Inovatif 2014
  PERKHIDMATAN AKAN DATANG
Pada tahun 2015 Cik Anny Darwina Ismail akan memulakan tugas barunya di SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi Selangor.
     
HARAPAN DAN IMPIAN
Beliau mengharapkan agar SK Bukit Jalil kekal cemerlang di masa akan datang. Dan semoga beliau dapat terus menabur bakti sebagai pendidik demi anak bangsa dan negara.
             

*Biografi ini ditulis oleh Cik Anny Darwina