Friday 25 April 2014

Inisiatif Menangani Catuan Air di SK Bukit Jalil

Inisiatif yang telah dibuat sepanjang tempoh SK Bukit Jalil terlibat dengan catuan air:

En Hakim memenuhkan baldi di belakang surau
  • Pihak sekolah telah menyediakan baldi di setiap tandas dan memastikan ianya diisi penuh dan ditutup oleh pekerja am.
  • Pihak sekolah telah menghubungi SYABAS untuk bantuan tangki statik tetapi tidak berjaya mendapat bantuan.
  • Pihak sekolah telah menghubungi DBKL dan usaha ini dalam proses.
  • Encik Hakim AJK PIBG 3K telah membuat tinjauan ke sekolah pada interval yang kerap untuk memantau isu ini. Beliau juga telah menyumbang baldi 35 gallon dan memastikan air diisi penuh dan ditutup rapi.
  • Encik Hakim juga memberi maklumbalas semasa melalui Watsapp Group AJK PIBG dan pihak pentadbir sekolah. Isu terkini:
    "Minta sekolah suruh guard buat rondaan lebih kerap masa hujung minggu di bahagian yg ada pam air dibelakang surau. Hujung minggu lepas peralatan besi utk pam dgn paip sambungan air bernilai ribuan ringgit dicuri pada hujung minggu lepas di SMKBJ. Sebelum tu, beberapa minggu sebelum rumah pam syabas dekat simpang sekolah dspan SMK dipecah masuk, hujung minggu juga. Sebab kecurian ini PIBG SMK akan menanggung kos beribu ringgit untuk ganti balik yang dicuri utk dapat sambung balik ke sambungan main pipe dari syabas..both incidents happened during weekend." - Post dari En Hakim.
Kepada mana-mana ibu bapa yang boleh membantu menangani situasi catuan air harap dapat berhubung dengan pihak pentadbir sekolah atau YDP PIBG.