Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 telah diadakan pada 15 Februari 2014.
Mesyuarat AJK 2014/2015 yang pertama telah diadakan pada 1hb Mac 2014 jam 9 pagi di Bilik Mesyuarat SKBJ.
Mesyuarat AJK 2014/2015 yang kedua telah diadakan pada 15hb Mac 2014 jam 9 pagi di Bilik Mesyuarat SKBJ. Perkara utama yang dibincangkan adalah perancangan tahunan.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Mac:
Penyerahan Tugas
- Penyerahan tugas setiausaha dan bendahari terdahulu kepada yang baru.
- Penukaran signatories akaun bank PIBG SKBJ.
Penyerahan tugas bendahari lama (Pn Nurasyikin) kepada bendahari baru (En Hilmi) disaksikan oleh Guru Besar SKBJ (Pn Jamilah) |
Biro Akademik
- Pemilihan 8 orang pelajar tahun 5 untuk Program Permata Perintis.
YDP bersama sebahagian pelajar yang telah disaring pihak sekolah untuk pemilihan |
Biro Kokurikulum & Sukan dan Permainan
- Membantu melatih (Datin Rosnah) pasukan bola jaring sekolah.
Pasukan bola jaring SKBJ |
- Sumbangan jersi bagi pasukan bola sepak dan sepak takraw (En Zaki).
Pasukan sepak takraw SKBJ beraksi dalam perlawanan persahabatan |
Pasukan bola sepak SKBJ sedang 'warm up' sebelum perlawanan persahabatan |
- Analisis Borang Sarana Ibu Bapa yang dikumpul pada tahun 2013. Pemfailan dibuat mengikut bidang dalam borang tersebut. Ibu bapa yang telah menyatakan minat dan kesanggupan untuk bersama membantu pihak sekolah dikenalpasti dan dihubungi melalui ketua biro-biro PIBG.
Borang sarana ibu bapa 2013 yang diagihkan mengikut bidang |
- Penubuhan Sub-Biro Komunikasi. Berdasarkan analisis Sarana Ibu Bapa 2013, ibu bapa telah dihubungi. Ibu bapa yang bersetuju untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Sub-Biro Komukasi adalah:
- Encik Danil Junaidy Daulay
- Puan Nadia Shajima
- Puan Suhaila
- Mengenalpasti ibu bapa dalam bidang ICT yang sanggup membantu sebagai ICT Expert Team yang akan bertindak sebagai pakar dalam mengendalikan ICT Infrastructure Assessment untuk Makmal Komputer SKBJ. Maklumbalas dari tinjauan ini akan dijadikan landasan sebelum sebarang baikpulih dan penambahbaikan makmal dibuat. Ini adalah untuk memastikan keputusan optima dan kelestarian penyelenggaraan. Ahli Jawatankuasa ICT Expert Team adalah:
- Encik Shahrizal (lead expert)
- Encik Shahriman
- Encik Rashdan
- Pelancaran initiatif dibawah usahasama PIBG-SKBJ Projek Inovasi & Kreativiti 2014 yang mempunyai dua objektif iaitu (1)Pembudayaan inovasi dan kreativiti di institusi pendidikan, dan (2)Memperkasakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dikalangan warga sekolah. Projek ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 (Inisiatif 8) yang dijadikan asas kerangka kerja projek.
- Initiatif 1: 8 kertas kerja penyertaan telah dihantar kepada Malaysian Invention and Design Society (MINDS) untuk Malaysian Young Inventors Competition 2014 (MYIC 2014).
8 set kertas kerja pelajar yang dihantar ke MINDS |
Pelajar sedang berbincang selepas taklimat Pn Natalya |
- Initiatif 2: Pertandingan Hasil Inovasi Peringkat Sekolah anjuran bersama PIBG dan sekolah. Tema "Waste to Creativity". 5 kumpulan terbaik akan mewakili sekolah di International Innovation Festival 2014 anjuran UTeM.
Edaran jemputan Pertandingan Hasil Inovasi Peringkat Sekolah |
- Perkongsian pintar PIBG(Pn Natalya) dengan Jawatankuasa Laman Sesawang Sekolah SKBJ. Sasaran: Penyertai pertandingan laman sesawang sekolah.
Jawatankuasa Laman Sesawang SKBJ |