Tempat: Dewan Terbuka SKBJ
Sebanyak 23 hasil inovasi telah dipertandingkan. 5 penyertaan terbaik telah dipilih untuk mewakili SKBJ ke International Innovation Festival 2014 anjuran UTeM dengan kerjasama KPM dan MOSTI di Melaka pada 10 Mei 2014.
Program ini bertujuan menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi dan kreativiti. Program ini adalah anjuran bersama PIBG-SKBJ (Biro Komunikasi dan Maklumat) dan SKBJ. 5 penyertaan yang mewakili sekolah ini akan menerima sijil dan voucher buku bernilai RM50 setiap satu. Adalah diharapkan program seperti ini dapat menjana minat menghasilkan inovasi.
Kepada semua ibu bapa dan guru yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada program ini diucapkan ribuan terima kasih.