Thursday 10 April 2014

SKBJ Terpilih Mewakili Wilayah Persekutuan ke ITEX 2014!

Hasil daripada 8 penyertaan di Malaysian Youth Invention Competition 2014 anjuran Malaysian Innovation and Design Society, 2 penyertaan telah terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan ke 25th International Invention Innovation & Technology Exhibition (ITEX)2014 yang akan berlangsung pada 8hb - 10hb Mei 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre.

SK Bukit Jalil akan mewakili Wilayah Persekutuan untuk ke peringkat kebangsaan. Tahniah kepada:

Neha Yogeswaran, Keshika a/p Manimaran dan Kierenpreet Kaur Lett a/p Surender Sigh dengan hasil inovasi mereka Butter Stick.

Asfa Nisha Bt Basheer Ali, Yashmini a/p Rajan dan Sazmira Bt Abd Ahad dengan hasil inovasi mereka Trolley.

Tahniah kepada semua yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Tahniah juga kepada peserta lain. Jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama ibu bapa dan guru yang telah memberi dorongan kepada pelajar-pelajar terlibat.

Selamat maju jaya untuk peringkat seterusnya!