Thursday 10 April 2014

Program Jalinan Kasih

Tarikh: 9 April 2014
Tempat: Dewan Terbuka SK Bukit Jalil

Program ini melibatkan AJK Linus SK Bukit Jalil dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Program ini turut disokong oleh PIBG SK Bukit Jalil. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid Linus. Program ini dikendalikan oleh para pelajar Pismp TESL semester 3 kemasukan Januari 2013. Program ini menjadi lebih bermakna apabila turut dihadiri oleh Puan Suzana Sophie Khoo, Pegawai Bahasa Inggeris PPD Bangsar Pudu berserta fesi Linus yang lain. Program Jalinan Kasih ini diharap dapat menjadi Penanda aras bagi program-program Linus yang lain.

Warga pendidik dan PIBG SK Bukit Jalil komited terhadap usaha Sifar Linus. Insya Allah, usaha-usaha ini dipermudahkanNya.



One for the album
Dr Heran Moning, Dr Paramkit Kaur dan Pn Noor Mazni (Pensyarah IPIK), Pn Huda (Fesi Linus BM, PPD), Pn Shahanum (Fesi Linus, PPD), Pn Suzana (Pegawai Bahasa Inggeris PPD Bangsar Pudu), En Kamarul (GPK 1 SKBJ), Pn Kasratul Najah (GPK Petang SKBJ), En Noorfajri (YDP PIBG SKBJ), Pn Natalya (AJK PIBG), En Hafiz dan Pn Furzanny Nadya (Guru Linus Bahasa Inggeris SKBJ)

Aktiviti yang dijalankan

Menarik minat pelajar

Aktiviti yang melibatkan elemen fun in the classroom


Pn Najah (GPK Petang SKBJ) memberi penerangan
 kepada Pn Suzana (Pegawai Bahasa Inggeris PPD Bangsar Pudu)

Pn Maizura (Penyelaras Linus SKBJ) dan En Hafiz (Guru Linus Bahasa Inggeris SKBJ)
bersama Pn Suzana

Aktiviti-aktiviti dijalankan: